Tuesday, October 25, 2011

banyak hartanya

Abu Zar meriwayatkan " Suatu malam aku berada diluar rumah, kemudian aku dapat melihat Rasul S.A.W juga sedang berjalan berseorangan. Aku berfikir mungkin Rasul S.A.W tidak mahu diganggu,lalu aku berjalan kearah yang tiada cahaya bulan, kemudian Rasul S.A.W berpaling setelah baginda ternampak aku dan berkata "Siapakah disana?", aku menyahut Abu Zar,.."

Mari kesini wahai Abu Zar, setelah berjalan beberapa ketika dengan Baginda, Rasul S.A.W bersabda

"Sesungguhnya orang yang banyak hartanya akan kurang pahalanya dihari akhirat, kecuali mereka yang dikurniakan dengan harta yang banyak dan mengagihkan ke kiri dan ke kanan dan ke hadapan mereka dan ke belakang mereka, gunakan kesemuanya untuk kebaikan" ...

.. hingga akhir hadis.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mari fikir untuk sampaikan..

Hari ini jika saya berjalan seorang diri dan berjumpa dengan saudara Islam yang kita kenali di malam hari, kalau kita bagi tahu hadis ini, apakah yang sahabat Islam kita fikirkan?

sumber al-fikrah.net

No comments: